}

Sabtu, 22 Februari 2014

LATIHAN INDUSTRI

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِ الرَّحْمَنِ ارَّحِيم

Latihan Industri adalah buat kali pertama aku bekerja. Selama ini aku takda pun pengalam kerja hihihi, tapi best sangat sebab banyak pengajaran yang aku dapat. Tempat aku buat LI ini memang mengajar aku untuk BERDIKARI, AMANAH dalam melakukan kerja dan selalu BERDISIPLIN. Di firma aku buat latihan industri tu majoriti staf adalah kaum cina, hanya 6 orang sahaja kaum melayu (termasuk aku lah) .  Walaupun majoriti staf dekat office aku tu kaum cina tapi mereka baik sangat, terutamanya dengan aku hihi (maklumlah cuteboy kan) kalau aku tak tahu nak buat kerja yang disuruh aku selalu tanya mereka dan tak pernah penerangan mereka membuatkan aku semakin pening ataupun blur tapi penerangan mereka padat dan memudahkan aku untuk buat kerja yang diberi kerana mereka sertakan contoh sekali. Hmmmm nanti aku mesti rindu semua tu, terutamanya ms. ivy, kak marni, kak liza. kak siti, kak nadia, ms wong, paul, jenny and my contract department bos mr. ivan ho. And berharap sangat lepas dapat diploma aku dapat  kerja di situ. IN SHAA ALLAH.

Ahad, 10 November 2013

sajak untukmu SAHABAT




Alangkah indahnya.....
Jika hati-hati kita dapat merasai kasih sayang dan ukhuwwah
Mengisi setiap nafas yang terhembus dengan mengingatiNya...
Alangkah indahnya...
Jika kata-katamu mengingatkan aku
Kata-kataku mangingatkanmu
Lalu jadilah kita umpama batu-bata
saling memerlukan untuk membina
bangunan yang kukuh


Tapi...
Betul juga kata sahabat...
Iman itu bukan angan-angan
Tetapi perlu dibuktikan dengan amalan...


Sahabatku
Hati ini sedih
Masih tidak mampu memberi rasa hati
Mungkin kerana hati ini keras
Mungkin kerana hati ini gelap
Mungkin kerana hati ini terhijab
Dan amat sedih jika hati ini mati
Maafkanlah kelemahan diri ini.




Sahabatku
Hati yang keras ini masih perlu di gilap
Perlu banyak dididik
Untuk menyentuh hati
Untuk menjernihkan hati
Untuk menghidupkan hati
Semoga Allah membuka jalan dan
mempermudahkan perjalanan ini
Meredhai setiap langkah yang terhayun
Kerana perjalanan ini masih panjang dan berliku-liku....


Sahabatku
Jika hari ini aku terlalu gembira
Sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah...
Jika ku bersedih tanpa kata
Pujuklah aku dengan tarbiah Pencipta
Jika ku lemah tak berdaya
Ingatkan aku dengan kehebatan syurga...
Jika antara kita ada tembok yang memisahkan
Ajaklah aku meleraikannya segera
Jika pernah hatimu terluka
Luahkanlah agar aku berubah..
Dan jika esok ku lena tanpa terjaga
Iringilah lenaku dengan kalungan doa...
Berjanjilah sahabatku
Ukhuwah kita untuk selamanya....





Sahabat
Bila awak perlukan saya
Carilah saya…
Bila awak nak mengadu masalah dekat saya
Carilah saya…
Tapi…..
Bila Awak dah bahagia harap awak tak lupakan saya di sini


Sahabat
Jangan berjalan di BELAKANG saya.
KERANA…
Saya tidak mampu memimpin.
Jangan Berjalan di HADAPAN saya.
KERANA…
Saya tidak mampu mengikut.
Berjalanlah di SEBELAH saya
Dan Jadi SAHABAT baik saya


Sahabat
Andai diri saya dalam keadaan marah.
Leraikanlah dengan kata-kata
Yang boleh melembutkan hati saya..
Andai diri saya lemah
Kuatkanlah diri ini dengan kata-kata semangat
Supaya saya kembali bersemangat
Kerana
Kekurangan saya,
Awaklah pelengkapnya


                                                                                           

Rabu, 16 Oktober 2013

SELAMAT MENJAWAB FINAL EXAM KAWAN!!!!!!!!!!

Dalam beberapa hari lagi final exam akan tiba. Dah buat persiapan ke kawan nak jawab?? hehe :P saya pun tak sedia lagi nak menjawabnya tapi nak tak nak kena tempuhi juga. Apa pun kawan good luck saya ucapkan :) sama-sama kita berjuang demi masa depan yang cerah, jangan cepat putus asa :) susah macam mana pun cuba buat dulu jangan cepat menyerah. Saya pun takda lah pandai sangat. Sebab saya sedar yang saya ni tak pandailah saya usaha demi mencapai cita-cita :)

GOOD LUCK FRIEND :) insyaallah berkat kita belajar bersungguh-sungguh kita akan dapat keputusan yang cemerlang..

Yang penting jangan hiraukan apa orang nak kata pasal kita. Masih ada waktu untuk kita belajar dan mengubah pandangan orang pada kita. USAHA TANGGA KEJAYAAN KAWAN








                                                                                                 

Rabu, 9 Oktober 2013

Dalam beberapa jam lagi kita akan berpisah sementara kawan, maaf jika kekurangan diriku ini membuatkan kau rasa janggal untuk berkawan denganku. Tidak dapat dibalas jasa kau kawan, betapa banyaknya kau berjasa untuk diri ini. selepas kita berpisah seminggu, kita bakal berpisah dalam beberapa bulan dan harap sangat kita akan jumpa balik lepas ni, itupun jika ada kesudian untuk berjumpa diri ini. Sedih bila kenangkan nasib yang begini :(
Banyak pengajaran yang mematangkan saya, percayalah yang SAHABAT itu penting dalam kehidupan kita seharian.. okaylah nak pergi KELAS dah ni :)







SELAMAT MENJAWAB FINAL EXAM KAWAN. KITA SAMA-SAMA BERJUANG DEMI MASA DEPAN KITA SEMUA.

IKHLAS DARI

Isnin, 24 Jun 2013

SAHABAT MAAFKAN SAYA :'( TERIMALAH SAYA SEADANYA MACAM DULU.. WALAUPUN SEMUA ITU SALAH SAYA


Bila baru kenal, saya happy sangat... Bila saya ketawa, awak pun ketawa..Bila awak ketawa saya tahu awak tengah happy, hehe..Bila awak nakal pula saya lagilah nakal daripada awak, bila saya nakal awak marah,,, bila awak nakal saya lagi la marah tau.....





TAPI......


itu semua dulu :( sekarang awak dah lain dengan saya....Awak selalu marah-marahkan saya :( awak abaikan saya :'( saya tak tahu kenapa semuanya jadi begini :'O .... Saya ingat awak betul-betul nak jaga saya, nak lindungi saya daripada kena hina dan saya ingat awak nak ajar saya apa yang saya tak tahu





Adakah awak malu nak kawan dengan saya yang HINA DAN KOTOR ni??? Saya rindu nak bergurau dengan awak macam dulu, saya tak sempurna macam orang lain :( saya minta maaf kalau sebab saya tak sempurna awaktaknak kawan dengan saya ... Saya tak minta untuk dilahirkan macamni :(






Tapi seumur hidup saya, saya tak pernah jumpa kawan macam awak.. saya susah nak percayakan sesiapa sehingga saya jumpa awak SAHABAT   :(


Saya ceritakan semuanya pada awak tanpa rasa malu sebab awak mampu menyelesaikan dan menenangkan saya :(  ....

Awak tahu saya keseorangan tanpa kawan baik kan???




tapi :( ...... kenapa awak sanggup tinggalkan saya tanpa BFF :( 

Saya sedih sangat tapi saya selitkan kesedihan saya disebalik senyuman dan keceriaan walaupun ianya susah,, supaya awak dan kawan saya, tak tahu saya sedih,, supaya mereka tak risaukan saya....


HIPOKRITNYA SAYA KAN :(

Tapi itu saja saya mampu buat supaya awak dapat senyum dan happy :) awak senyum tu pun buat saya rasa tenang....

mesej awak dengan saya yang dulu memberikan saya sedikit semangat tapi kadang-kadang sedih sebab akhirnya jadi macam ni :( maafkan saya  SAHABAT.... jangan tinggalkan saya sorang-sorang macam ni,,, saya minta sedikit kasih seorang kawan yang terbazir untuk saya...











Sabtu, 8 Jun 2013

SAHABAT SEJATI SAMPAI MATI :)

SAHABAT???? siapa tahu makna sahabat?? setengah orang mengatakan yang sahabat ni tempat mengadu masalah, tempat bermanja and everything lah,, tapi bagi saya sahabat itu susah untuk ditemui, lagi-lagi sahabat sejati "TRUE FRIEND" . Sedih bila sahabat sejati kita tinggalkan kita buat selamanya, dia meninggal sebab satu  kemalangan pada tahun 2009 , sebelum dia meninggal dia pernah berpesan "carilah sahabat yang lebih baik dari saya, carilah seseorng yang faham kita, terima kita seadanya :'( " Sedih bila mengenangkan nasib yang begini tapi apakan daya hidup harus di teruskan walaupun dengan penuh berliku,, "ingat sekali kita berkawan selamanya kita berkawan" itu pesan kawan saya EYO ...
THIS SONG FOR ALL MY FRIEND :)
SAHABAT UNTUK SELAMANYA
KAU DAN AKU SAHABAT
UNTUK SELAMANYA....
SELAMA-LAMANYA....
SETIA.. :')