}

Sabtu, 22 Februari 2014

LATIHAN INDUSTRI

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِ الرَّحْمَنِ ارَّحِيم

Latihan Industri adalah buat kali pertama aku bekerja. Selama ini aku takda pun pengalam kerja hihihi, tapi best sangat sebab banyak pengajaran yang aku dapat. Tempat aku buat LI ini memang mengajar aku untuk BERDIKARI, AMANAH dalam melakukan kerja dan selalu BERDISIPLIN. Di firma aku buat latihan industri tu majoriti staf adalah kaum cina, hanya 6 orang sahaja kaum melayu (termasuk aku lah) .  Walaupun majoriti staf dekat office aku tu kaum cina tapi mereka baik sangat, terutamanya dengan aku hihi (maklumlah cuteboy kan) kalau aku tak tahu nak buat kerja yang disuruh aku selalu tanya mereka dan tak pernah penerangan mereka membuatkan aku semakin pening ataupun blur tapi penerangan mereka padat dan memudahkan aku untuk buat kerja yang diberi kerana mereka sertakan contoh sekali. Hmmmm nanti aku mesti rindu semua tu, terutamanya ms. ivy, kak marni, kak liza. kak siti, kak nadia, ms wong, paul, jenny and my contract department bos mr. ivan ho. And berharap sangat lepas dapat diploma aku dapat  kerja di situ. IN SHAA ALLAH.