}

Ahad, 10 November 2013

sajak untukmu SAHABAT




Alangkah indahnya.....
Jika hati-hati kita dapat merasai kasih sayang dan ukhuwwah
Mengisi setiap nafas yang terhembus dengan mengingatiNya...
Alangkah indahnya...
Jika kata-katamu mengingatkan aku
Kata-kataku mangingatkanmu
Lalu jadilah kita umpama batu-bata
saling memerlukan untuk membina
bangunan yang kukuh


Tapi...
Betul juga kata sahabat...
Iman itu bukan angan-angan
Tetapi perlu dibuktikan dengan amalan...


Sahabatku
Hati ini sedih
Masih tidak mampu memberi rasa hati
Mungkin kerana hati ini keras
Mungkin kerana hati ini gelap
Mungkin kerana hati ini terhijab
Dan amat sedih jika hati ini mati
Maafkanlah kelemahan diri ini.




Sahabatku
Hati yang keras ini masih perlu di gilap
Perlu banyak dididik
Untuk menyentuh hati
Untuk menjernihkan hati
Untuk menghidupkan hati
Semoga Allah membuka jalan dan
mempermudahkan perjalanan ini
Meredhai setiap langkah yang terhayun
Kerana perjalanan ini masih panjang dan berliku-liku....


Sahabatku
Jika hari ini aku terlalu gembira
Sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah...
Jika ku bersedih tanpa kata
Pujuklah aku dengan tarbiah Pencipta
Jika ku lemah tak berdaya
Ingatkan aku dengan kehebatan syurga...
Jika antara kita ada tembok yang memisahkan
Ajaklah aku meleraikannya segera
Jika pernah hatimu terluka
Luahkanlah agar aku berubah..
Dan jika esok ku lena tanpa terjaga
Iringilah lenaku dengan kalungan doa...
Berjanjilah sahabatku
Ukhuwah kita untuk selamanya....





Sahabat
Bila awak perlukan saya
Carilah saya…
Bila awak nak mengadu masalah dekat saya
Carilah saya…
Tapi…..
Bila Awak dah bahagia harap awak tak lupakan saya di sini


Sahabat
Jangan berjalan di BELAKANG saya.
KERANA…
Saya tidak mampu memimpin.
Jangan Berjalan di HADAPAN saya.
KERANA…
Saya tidak mampu mengikut.
Berjalanlah di SEBELAH saya
Dan Jadi SAHABAT baik saya


Sahabat
Andai diri saya dalam keadaan marah.
Leraikanlah dengan kata-kata
Yang boleh melembutkan hati saya..
Andai diri saya lemah
Kuatkanlah diri ini dengan kata-kata semangat
Supaya saya kembali bersemangat
Kerana
Kekurangan saya,
Awaklah pelengkapnya